Jika sebelum ni aku ada membuat ulasan mengenai game Reflex MX vs ATV, untuk kali ini kita lihat pula game kesinambungannya iaitu MX vs ATV All Out. Apa yang all out sangat tu? Adakah game ini se-gah nama dia? atau sekadar satu lagi game yang belum cukup masak untuk dipasarkan? Jom teruskan membaca ulasan aku untuk game motocross ni.
Game MX vs ATV ni merupakan game keluaran tahun 2018, kira agak baru la. Untuk siri lepas yang aku ulas, game tu untuk tahun 2009. Hampir 9 tahun perbezaan tempoh pembangunan, jangkaan awal aku agak tinggi untuk game terbaru dari Rainbow Studios ni. Pertama kali masuk game, terus kita dibawa masuk ke satu lapangan untuk cuba-cuba menunggang dan buat benda-benda gila masa ni. Selain itu, dalam lapangan ni juga adalah Menu sampingan untuk kita mengakses tutorial dan mode-mode game dia. Namun aku lebih selesa menggunakan Menu tradisional dengan menggunakan butang ‘Start’ untuk mengakses. Bagi aku agak leceh nak bergerak ke satu-satu tempat sekadar nak akses menu je. Lambat.
Perkara Yang Menarik
- Jenis tunggangan pelbagai – Memang game ni tak kedekut dengan jenis tunggangan yang boleh kita cuba. Paling best bila boleh campur-campur jenis macam motoX vs atv vs utv semua.
- Main game dengan adik abang – Dah lama mode pemain kedua macam ni dihapuskan untuk game-game terbaru. Namun kali ni kita berpeluang main bersama adik dan abang dengan menggunakan PC yang sama tanpa perlu menggunakan mode Online.
- AI yang sama bodoh – Kebiasaannya sebagai pemain game kita mesti naik gila bila dapat AI atau BOT yang bodoh. Berlainan dengan game ni, korang pasti hargai bila dapat AI bodoh sebab boleh tengok cara dia kemalangan langgar pokok la, tersangkut kat batu, ada tu sampai sesat tak tahu mana laluan yang dia nak ikut. Yang paling best kadang-kadang kita tengah ketinggalan jauh kebelakang pun boleh kejar balik sebab kebodohan diorang ni.
- Grafik sedap mata memandang – Jika dibandingkan dengan siri yang lepas, memang meningkat banyak kualiti grafik untuk siri ni. Dengan penambahan pokok-pokok dan batuan yang lebih realistik disertakan dengan lopak-lopak air yang menguji kesabaran kita bila menunggang
Perkara Yang Boleh Diperbaiki
- Loading yang sangat lama! – Ini memang perkara yang buat aku rasa ‘turn off’ bila main game ni. Setiap kali peralihan dari satu acara ke acara yang lain, ambil masa terlalu lama. Sehinggakan aku tak pasti sama ada game dah sangkut ke atau masih tengah loading.
- Keep it simple – Kali ni macam terlalu banyak button perlu kita guna untuk betul-betul dapat performance tunggangan yang baik. Terutama dalam acara freestyle. Mungkin pihak game developer nak buat game ni rasa lebih realistik. Tapi bagi aku game macam ni banyak orang main untuk keseronokkan je dan tak pentingkan feeling sama dengan dunia sebenar.
- Respawn poin – Memang mustahil la kalau boleh bawak tanpa sebarang kemalangan dalam game kan? So boleh la respawn balik. Cuma respawn poin yang digunakan dalam game ini adalah sebelum kita lompat di ram. Jadi kalau dalam race, kita akan kehilangan terlalu jauh kedudukan yang patut kita landing. Paling menyakitkan hati dalam acara Freestyle, dia boleh respawn betul-betul atas ram. Apa lagi yang boleh buat atas ram? dengan momentum apa semua takde. Baik respawn kat tempat kita landing je.
- Tiada Restart!! – Ini mungkin satu cabaran dalam game kepada pemain. Tapi bagi aku dalam game race macam ni, bila tak boleh restart macam satu siksaan untuk kita tak boleh buat silap atau cuba-cuba dulu. Ada aku bagitau tak yang tak boleh restart ni dalam mode offline, bukan online!! Kalau online boleh faham la, ini dalam offline pun tak boleh restart.
- Tak dapat rasa perkembangan karier – Untuk mode offline yang baik, pemain biasanya nak rasa yang ade peningkatan atau penambahbaikkan semasa bermain. Namun semua ni tak dapat rasa untuk mode-mode yang ada. Rasa macam bila bukak game tu, main race, freestyle kejap, then habis.
Rumusan
Game MX vs ATV All Out ni adalah satu game seronok jika dalam diperbaiki kelemahan yang aku dah senaraikan di atas. Kelemahan game ini terlalu major untuk fun and casual gamer macam aku. Macam aku dah katakan, masa loading terlalu lama memang turn off la bagi aku. Walaupun aku install game ni dengan Project Cars 2 dalam disk yang sama. Ternyata Project Cars boleh je load seperti biasa. Selepas aku luangkan masa 4 jam main game ni, aku takde rasa excited nak main lagi. Mungkin bila dah bosan habis takde pilihan apa. Aku main semula la kot. Mungkin!
Video Gameplay