Open Broadcaster Software(OBS) adalah salah satu aplikasi terkenal dan paling banyak digunakan untuk membuat livestreaming atau siaran langsung sama ada video tutorial tudung, video permainanan komputer ataupun telefon pintar. Kualiti penyiaran merupakan salah satu elemen penting dalam penghasilan livestreaming bagi menarik minat penonton melihat siaran langsung yang kita paparkan. Jika sebelum ini, mungkin anda selalu membuat percubaan livestreaming yang berulang untuk melihat kualiti strim yang telah anda hasilkan. Secara tak langsung dalam senarai halaman page anda akan ada banyak video-video terhasil hanya kerana anda mahu mencuba kualiti strim yang telah anda tetapkan. Jadi dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsikan kepada anda cara mudah untuk menetapkan setting livestreaming tanpa perlu menyiarkan secara langsung kepada penonton.
Tetapan Streaming Berkualiti
Sebelum bermula, pastikan anda telah buka aplikasi OBS Studio anda dan dapat melihat paparan untuk OBS tersebut. Setelah aplikasi tersedia, anda boleh klik pada “Settings” yang berada di penjuru kanan bawah aplikasi.
Di dalam paparan “Settings”, anda klik pada tab “Output” dan pilih mod “Simple” bagi “Output Mode”.
Selepas itu, anda boleh teruskan membuat tetapan pilihan pada ruangan “Streaming” dengan memasukkan nilai bit video yang bersesuaian dan juga mod enkoder pilihan sama ada menggunakan grafik kad atau CPU. Untuk ruangan recording pula, pastikan anda memilih “Same as stream” sebagai pilihan kualiti rakaman. Selepas berpuas hati dengan tetapan tersebut, boleh klik pada “OK” untuk langkah seterusnya.
Kini masa untuk anda melihat hasil tetapan yang telah anda tetapkan. Anda boleh teruskan dengan tekan “Start Recording” untuk memulakan rakaman anda. Untuk rakaman ini, anda perlu membayangkan anda sedang membuat siaran langsung sebenar, contohnya jika anda mahu menyiarkan game, pastikan anda buka aplikasi game tersebut dan cuba merakam babak game selama beberapa minit/saat. Jika anda mahu menyiarkan tutorial tudung, sila lakonkan dahulu situasi nya agar hasil rakaman akan sama seperti situasi siarang langsung. Setelah beberapa saat rakaman percubaan, tekan “Stop Recording” bagi memberhentikan rakaman.
Untuk melihat hasil rakaman tetapan tadi, sila pergi ke direktori yang anda telah tetapkan sebelum ini untuk menyimpan hasil rakaman video. Anda boleh klik pada hasil video tersebut, dan nilai kualiti video tersebut sama ada anda berpuas hati atau tidak dengan hasilnya. Kerana itulah kualiti yang akan dilihat oleh penonton siaran “livestreaming” anda nanti bila anda membuat siaran.
Mudah je kan tutorial mencuba kualiti livestreaming dengan OBS ni kan? Jika ada menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila terus komen di bawah atau di ruangan facebook page yang telah saya sediakan. Terima kasih. Selamat mencuba!