Skip to main content
mia kucing bisul

Kucing Ku Mia Dan Bisulnya

Sakit, Geli dan Busuk! Itulah 3 perkara yang bermain dalam fikiran dalam kisah kucing aku Mia Sofiya dan Bisulnya. Ini adalah kali pertama aku mengalami dan melihat sendiri bisul kucing. Tidakku sangka kucing pun boleh dijangkiti bisul. Kalau bisul manusia tu selalu la dengar.

Tanda Kucing Sakit Bisul

Pada mulanya Mia ada tunjuk tanda-tanda sakit seperti tak lalu makan, mata berair dan kerap tidur sahaja. Masa itu tak suspek apa lagi, cuma pada satu hari tu saja-saja nak ambil gambar kucing, Mia untuk hantar dalam WhatsApp. Aku perasan macam ada bengkak di kawasan pipi kucing belah kiri. Bengkak pada pipi kiri dia kelihatan amat ketara dan mata dia berair. Aku mula risau ingat dia kene penyakit yang bengkak kat leher yang selalu kene kat manusia tu.

Mia Kucing Bisul

Bisul Kucing Pecah

Bengkak kat pipi Mia tu makin lama makin membesar. Masa tu cuma harap dia baik sendiri la, ingat bengkak biasa. Tapi ada satu hari tu, Mia naik atas meja komputer aku, dia mula garu-garu dan aku rasa ada satu percikan. Percikan berwarna kuning kena keyboard dan sebahagian meja komputer aku sambil satu bau busuk menusuk hidung. Aku mula la tegur Mia, sebab ingat benda kotor apa dia bawak main tu. Sekali dia pun lari dari meja, ke kawasan rumah lain. Punyala menitik-nitik cecair kuning tu, terpaksa aku kejar Mia supaya tak lebih kotor rumah.

Mia Kucing Bisul

Bila aku dah dapat tangkap Mia, baru aku perasan yang bengkak tu dah surut, dan keluar cecair nanah warna kucing. Aku pun cuba picit-picit keluar, dan lap apa yang patut.

Mia Kucing Bisul

Rawatan Di Klinik Haiwan Kerajaan

Seterusnya aku bawa Mia ke klinik haiwan kerajaan kat cheras untuk tahu apa punca bengkak tu, dan rawatan seterusnya. Semasa jumpa doktor haiwan / veterinar tu, Doktor cakap bengkak tu terjadi akibat dari kotoran atau kuman sama ada dari pergaduhan kucing atau pun kotoran dari telinga kucing tu sendiri. Untuk rawatan kucing bisul pun Doktor hanya cuci dengan lebih teliti dan biarkan je luka terbuka. Aku tanya juga, kenapa tak jahit ke atau pasang plaster. Sebab ikutkan akan besar juga koyakkan kulit kucing tu. Doktor hanya cakap dia akan rapat dan baik sendiri.

Mia Kucing Bisul

Proses Pemulihan Dari Bisul Kucing

Di rumah aku pakaikan Mia kolar leher untuk elakkan dia garu bahagian terbelah tu. Ikutkan takde buat apa sangat pun untuk rawatan kucing bisul ni, aku hanya pastikan luka dia kering dan tak kena kotoran untuk elakkan bernanah semula.

Mia Kucing Bisul

Setelah beberapa minggu luka bisul dia tu akan mula kering berkudis dan kulit dia mula rapat semula sikit demi sikit. Bila nampak kudis dia tu, geram je tangan nak kopek. Kadang-kadang aku kopek jugak kalau dah betul-betul kering.

Mia Kucing Bisul

Bila dah baik, Mia kembali ceria bermain bersamaku.

Mia Kucing Bisul

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

10 thoughts to “Kucing Ku Mia Dan Bisulnya”

  1. Hi, currently kucing saya ‘kutik’ pun bengkak, keluar nanah yang busuk jugak. Exactly sama macam kucing awak. Saya nak tahu berapa kos untuk perubatan kucing ni?

  2. Salam.. beberapa minggu baru baik ye? Kucing saya baru pecah sabtu semalam. Harini baru ahad. Saya takde kat rumah buat masa sekarang untuk pantau dia. 😭Ubat sapu apa awak bagi kat dia?

  3. Hi, tumpang tanya. Selama kamu rawat kucing kamu di rumah, mcm mana kamu pastikan lukanya kering ya? Kamu sentiasa lap? Atau ada ubat vet bagi? Kucing sy baru pecah bisulnya. Mulanya sy risau bila lihat lukanya berlubang, tapi bila sy cuba bersihkan sy lihat seluruh kulit kawasan bisul tu seolah mau gugur sendiri dan membuatkan lubang tadi seolah membesar. Memang akan ada kulit tanggal ya selepas bisul tu? Musim PKP ni susah cari vet, so sy sedang try my best utk rawat sendiri. Tq admin.

    1. hi. saye pakaikan dia neck collar supaya dia tak jilat luka dia selalu. Vet pun ade bagi macam krim untuk sapu. Memang takut tengok lubang dia, macam dalam kan? tapi actually kucing tu ok je. dia pun macam tak sakit sangat la dari gaya tengok dia bergerak tu. Cuma kene pastikan kawasan luka tu sentiasa bersih la, nak elak infection. Ikutkan Doktor ada nasihat supaya tak bagi dia guna pasir litter box, sebab debu tu kan. Cuma saya bagi je guna, tapi pastikan bersih la. Kene selalu lap kan cuci.

      Memang lubang bisul akan besar. Sebab nanti pacam ade sebahagian kulit dia macam mati. Kalau kat klinik lagi la, Doktor siap potong sikit la supaya nak mudah cuci.

      Kucing ni unik sikit, memang boleh baik sendiri. Saya pun terkejut bila tengok lubang besar arituh, tiba2 hilang macam tu je. Tak perlu jahit pun.

    2. Wasalm mcm kucing sya dlu pnh kne bisul, sya letak die dlm sngkar and then letak kipas kcik supya luka die kering, buat mcm ni bila wktu mlm je sbb nnti die tido skli, nnti x de la die nk garu kwsan luka tu. Klu pagi plk blh bagi die yng mcm kolar leher tu..

  4. Hi awak. Nak tanya, kucing saya punn baru kena ni. Awak letak kucing awak dlam rumah ke? And awaknbalut tak bisul dia tu supaya tak meleleh lagi.

Leave a Reply